Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

29 Mac, 2020

Bagaimana cara mengira umur dalam Excel

Cara bagaimana mengira / menghitung umur dalam Microsoft Excel dengan mudah


Ok...kali ini kita akan melihat pula cara bagaimana untuk mengira umur / usia dalam lembaran kerja Excel dengan cara yang mudah. Dalam entri ini, kita akan sama-sama mencuba dua kaedah atau cara untuk mengira umur dengan menggunakan fungsi excel.

1. Mengira umur secara automatik dengan menggunakan tahun semasa. Fungsi yang akan digunakan adalah DATEIF. Secara rumusnya, pengiraan umur adalah seperti berikut:

=DATEIF(TLahir,TSemasa,"Y")

i. TLahir - Tarikh Lahir
ii. TSemasa - Tarikh Semasa (gunakan fungsi NOW() atau TODAY())
iii. Y - Jumlah tahun dari Tarikh Lahir hingga ke Tarikh Semasa

Lihat contoh dibawah:



Rumus yang digunakan adalah: 

=DATEIF(B2,TODAY(),"Y")

Yang mana:
i. B2 - Tarikh Lahir (diisi secara manual)
ii. TODAY() - Fungsi untuk mendapatkan tarikh semasa
iii. Y - dalam rumus ini bersamaan 37 tahun (cell C2) iaitu jumlah tahun dari Tarikh Lahir hingga ke Tarikh Semasa.

Nota: Pengiraan umur ini akan berubah setiap kali bertukar tahun kerana kita menggunakan fungsi TODAY untuk Tarikh Semasa. Maknanya, jika membuka lembaran kerja ini pada tahun depan, umur juga akan berubah.

2. Cara mengira umur dengan menggunakan tahun semasa yang spesifik. Maksudnya, kita ingin mengira umur orang tersebut pada tahun 2018 misalnya dan bukannya menggunakan tarikh semasa. Rumus yang akan digunakan adalah seperti berikut:

=DATEIF(TLahir,TSpesifik,"Y")

TSpesifik - Tahun yang telah kita tetapkan dengan menggunakan fungsi DATE.

Lihat contoh di bawah:



Rumus yang telah digunakan adalah:

=DATEIF(B2,DATE(2018,1,1),"Y")

Nota: Fungsi DATE menerima tiga argumen iaitu tahun, bulan dan hari.

Selesai untuk tutorial mengira atau menghitung umur seseorang dengan rumus yang ada dalam Microsoft Excel. Sungguh mudah, bukan?

Selamat mencuba...

Nota: Dalam tutorial yang akan datang kita akan cuba pelajari pula bagaimana mengira umur seseorang dengan berpandukan nombor kad pengenalan 12 digit. Akan datang...

Tiada ulasan: