Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

11 April, 2020

Bagaimana menentukan nombor ganjil atau genap dalam Excel

Cara menentukan nombor ganjil dan genap dengan Ms Excel

Dalam entri kali ini, kita akan sama-sama belajar bagaimana untuk menentukan atau mengenalpasti samaada nombor-nombor yang kita masukkan dalam excel itu adalah nombor ganjil atau genap.


Dalam excel, kita dapat menentukan samada nombor tersebut ganjil atau genap dengan menggunakan fungsi Excel ISODD atau ISEVEN dengan menggabungkan fungsi IF.


Lihat gambar diatas; nombor yang dimasukkan adalah seperti yang ditanda kotak merah manakala hasil daripada rumus fungsi ISODD atau ISEVEN iaitu sama ada ganjil atau genap ditanda pada kotak hijau.

CARA 1:
Rumus yang akan kita gunakan adalah gabungan fungsi ISODD dan IF.


1. Rujuk gambar di atas. Klik cell B1 dan masukkan rumus berikut ke kotak fungsi:
=IF(ISODD(A1),"Ganjil","Genap")
2. Ingat ya...selepas menaip rumus dalam kotak fungsi, tekan enter pada papan kekunci anda.
3. Penjelasan bagi rumus diatas;
"Sekiranya (IF) nombor dalam cell A1 adalah ganjil (ISODD(A1)), jika benar = Ganjil, jika tidak benar = Genap"
4. Oleh kerana nombor yang dimasukkan dalam cell A1 adalah 1, maka rumus tersebut akan memberikan keputusan benar iaitu "Ganjil" pada cell B1.



CARA 2:
Rumus yang akan kita gunakan adalah gabungan fungsi ISEVEN dan IF. Sebenarnya rumus ini serupa dengan rumus pada cara 1 iaitu dengan fungsi ISODD. Bezanya adalah, ISODD akan memberikan nilai ganjil dan ISEVEN pula memberikan nilai genap.


1. Langkahnya adalah sama seperti cara 1 tadi. Rumus yang akan digunakan adalah:
=IF(ISEVEN(A1),"Genap","Ganjil")
2. Penjelasan bagi rumus ini:
"Sekiranya (IF) nombor dalam cell A1 adalah genap (ISEVEN (A1)), jika benar = Genap, jika tidak benar = Ganjil"
3.  Oleh kerana nombor yang dimasukkan dalam cell A1 adalah 1, maka rumus tersebut akan memberikan keputusan tidak benar iaitu "Ganjil" pada cell B1.

Sangat mudah...bukan?

Apakah yang boleh kita terapkan rumus ini dalam memudahkan kerja-kerja kita dalam Excel? Salah satunya adalah kita boleh gunakan rumus ini untuk menentukan jantina seseorang berdasarkan nombor kad pengenalannya. Seperti yang kita tahu angka ganjil pada hujung nombor kad pengenalan menunjukkan bahawa jantina pemilik no kad pengenalan tersebut adalah perempuan dan sebaliknya genap adalah untuk lelaki.

So...dalam entri blog mari belajar excel yang akan datang, kita akan berkongsi pula tutorial bagaimana menentukan jantina seseorang berdasarkan pada nombor kad pengenalannya.

Sekiranya anda rasakan entri ini bermanfaat buat rakan-rakan anda, silalah share ya...
Selamat mencuba...