Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

22 Ogos, 2023

Tips Ms Excel - Fungsi Wrap Text

 Tips Ms Excel - Bagaimana menggunakan fungsi Wrap Text untuk memuatkan teks yang panjang dalam satu sel.

Wrap Text
Gambar 1

Kita rujuk gambar 1 diatas. Secara defaultnya dalam Ms Excel, apabila kita menaip teks panjang, teks tersebut akan dilihat seperti melangkaui hingga ke sel yang berikutnya walaupun sebenarnya teks tersebut tetap dalam sel tunggal yakni sel A1. Mungkin anda mahu melihat teks tersebut dalam satu sel seperti yang ditunjukkan dalam gambar 2 dibawah.

Wrap text
Gambar 2

Caranya sangat mudah. Saya tunjukkan dua cara untuk mengubahnya. Pertama, anda hanya perlu menekan kunci ALT+ENTER pada papan kekunci. Cara kedua adalah dengan mengklik button Wrap Text dibawah menu Tab Home. Lihat gambar 3 dibawah.

Wrap text
Gambar 3

Semoga bermanfaat...