Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

05 Disember, 2021

Cara bagaimana membuat urutan nombor secara automatik di Excel

 Cara mudah membuat urutan nombor di Excel

Membuat urutan nombor (1,2,3,...seterusnya) adalah perkara yang lazim kita lakukan dalam table data di lembaran excel. Tentu mudah sekiranya urutan nombor tersebut adalah sedikit dan kita hanya perlu menaip nombor tersebut satu persatu pada sel. Namun, bagaimana sekiranya kita ingin memasukkan urutan nombor yang banyak, yakni puluhan, ratusan hingga ke ribuan. Jari kita pasti tak terdaya, bukan?

Baik...dalam entri kali ini,kita akan belajar bagaimana untuk membuat urutan nombor secara automatik dalam lembaran Excel. Ada beberapa cara yang kita boleh gunakan untuk membuat urutan nombor dengan mudah.

1. Membuat urutan nombor dengan Autofill

Cara ini adalah yang paling mudah dan sering digunakan oleh pengguna excel. Kita hanya perlu menaip/memasukkan dua nombor awal (1 dan 2) pada sel dan kemudiannya drag. Lihat siri gambar dibawah: 

Kaedah Autofill

Walaupun kaedah ini mudah, namun ianya tidak praktik sekiranya melibatkan urutan nombor yang lebih panjang, ribuan misalnya. 

2. Membuat urutan nombor dengan menu Fill

Cara atau kaedah membuat urutan nombor dengan menu Fill lebih sesuai dan efektif bagi uratan yang lebih panjang. Namun langkahnya sedikit panjang berbanding kaedah sebelumnya. Mari  kita lihat caranya:

a. Taipkan nombor awal pada sel. Contohnya, saya memasukkan nombor 1 pada cell A3. Pastikan anda select sel tersebut sebelum ke langkah seterusnya.

Membuat urutan nombor secara automatik

b. Pilih menu - Home - Editing. Kemudian, pilih Fill - Series. Rujuk gambar dibawah.

Membuat urutan nombor secara automatik

c. Akan muncul option box seperti di bawah. Langkah-langkah mengisi: 

1. Series in - pilih Columns untuk urutan nombor secara menegak (Kolum) atau Rows untuk urutan nombor secara mendatar (baris).
2. Type - pilih Linear.
3. Step Value - default akan diisi 1 sebagai urutan nombor pertama. Stop Value - kita akan isi mengikut jumlah nombor urutan yang kita mahu.

Selesai mengisi, klik OK dan lihat hasilnya.

Membuat urutan nombor secara automatik

Langkahnya agak panjang namun mudah dan sangat-sangat membantu bagi urutan nombor yang panjang hingga ke ribuan mahupun jutaan.

Selamat mencuba. Kongsikan artikel ini kepada rakan2 sekiranya ianya bermanfaat.


2 ulasan:

Unknown berkata...

term kasha tuan.. saya subscribe blog ni ye

Kawoix berkata...

Terima kasih.