Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

28 Januari, 2016

Bagaimana susun data mengikut urutan dalam MS Excel

Tutorial MS Excel untuk beginner:
Bagaimana untuk menyusun data atau item mengikut urutan dalam MS Excel

Selamat bertemu teman-teman.
Kali ini kita belajar bagaimana untuk menyusun data atau 'sorting' sama ada secara menaik atau menurun. Fungsi ini membolehkan kita menyusun senarai nama secara menaik (A-Z) atau sebaliknya. Juga, kita boleh menyusun nombor dengan nilai dari tinggi ke rendah (10-1) dan sebaliknya.

Untuk bahagian pertama tutorial ini, kita akan menyusun (sort) data untuk satu lajur (single column). Sebagai contoh, kita mahu menyusun senarai nama mengikut urutan menaik iaitu nama yang bermula huruf A akan berada disenarai teratas dan diikuti abjad seterusnya.

Lihat gambar 1 dibawah.

Gambar 1
Jika lihat pada gambar di atas, kita dapati urutan nama adalah tidak mengikut susunan. Jadi, dalam tutorial ini, kita akan menyusun urutan nama ini secara menaik.

Langkah 1:
Lihat pada gambar 2 dibawah. Pertama sekali, highlight cells seperti dalam kotak merah.

Gambar 2
Langkah 2:
Lihat gambar 3. Klik menu 'Home' seperti yang dibulatkan merah. Kemudian cari fungsi/ikon 'Sort & Filter' seperti yang ditunjukkan dalam kotak merah. Klik ikon 'Sort & Filter'.

Gambar 3
Langkah 3:
Lihat gambar 4. Pada drop down menu, pilih dengan mengklik menu 'Sort A to Z' seperti dalam kotak merah. Fungsi menu adalah untuk menyusun nama dari A kepada Z. Klik 'Sort Z to A' jika anda ingin menyusun data secara menurun iaitu dari Z ke A.

Gambar 4

Langkah 4:
Lihat gambar 5. Mesej seperti ini akan keluar kerana table kita mempunyai dua kolum padahal kita hanya menghighlight satu kolum sahaja. Kita teruskan dengan memilih radio button kedua seperti yang dibulatkan. Kemudian klik 'Sort'.

Gambar 5

Lihat gambar 6. Data (senarai nama) telah disusun dalam urutan menaik iaitu dari A kepada Z.
Gambar 6

Anda boleh mencuba untuk menyusun data dalam bentuk nombor dengan mengikuti langkah langkah yang sama seperti di atas.

Dalam tutorial yang akan datang, kita akan belajar bagaimana menyusun data dalam lebih dari satu lajur / kolum.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terbaik. Terima kasih atas tunjuk ajar

Unknown berkata...

Sangat terbaik

Unknown berkata...

Terima kasih..tapi tentang sort tu , sy x berapa faham.

Tanpa Nama berkata...

JIKA NAK SUSUN NOMBOR KAD PENGENALAN BAGAIMANA PULA

linkalternatifjudionline berkata...

Terima kasih gan, artikelnya keren gan


LIVE GAME IDN merupakan permainan casino yang disajikan secara langsung kepada kalian para pecinta judi online, permainan LIVE GAME tentunya ada tata dan cara bermainnya, kalian bisa mengunjungi situs Cara Bermain Live Game IDN LIVE untuk mengetahui cara bermain yang benar di permainan Live Game IDN, termasuk 3D SHIO, ROULETTE. SICBO, BACCARAT

Unknown berkata...

Hi. Saya nk tnya, bagaimana hendak menyusun data secara rawak?

Tanpa Nama berkata...


JIKA NAK SUSUN NOMBOR KAD PENGENALAN BAGAIMANA PULA

JAWAPAN : sebelum susunan ikut abjad dilakukan, pastikan no kad pengenaalan berada colum di sebelah nama. bila nak tandakan nama sebelum susun ikut abjad, tandakan sekali no kad pengenalan. ia akan ikut sekali.