Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

01 Februari, 2020

Cara bagaimana kira peratus dalam Excel

Tutorial cara bagaimana mengira peratus dengan Excel

Dalam tutorial kali ini, kita kan belajar bagaimana atau cara untuk mengira peratus dalam excel dengan mudah. Mengira peratus dengan menggunakan Excel adalah lebih mudah dan pantas berbanding dengan menggunakan cara biasa yang mungkin zaman mak bapak kita gunakan iaitu menggunakan kalkulator. Jadi, kali ini saya akan tunjukkan teknik mudah menggunakan formula dalam mengira peratus menggunakan Excel.


Inilah contoh table yang akan kita gunakan dalam tutorial kali ini iaitu kita akan mengira peratus bilangan murid lulus dalam ujian bagi setiap kelas.


Sebelum kita bermula, kita lihat dahulu formula asas bagi pengiraan peratus dalam excel:

PART/TOTAL = PERCENTAGE
atau dalam formula excel  =Part/Total
contoh pengiraan berdasarkan table di atas; 20/23 = 86.96%

Langkah 1: Format Cell



1. Mula-mula sekali, kita akan formatkan cell yang akan kita isikan nilai peratus seperti yang dilabelkan A pada gambar di atas. Tujuannya adalah supaya nilai hasil dari kiraan formula adalah dalam bentuk peratus.

2. Untuk memformat cell tersebut, klik pada cell D2 (label A). Kemudian, klik kanan mouse atau touchpad anda. Akan keluar menu seperti gambar di bawah.


3. Pilih sub menu Format Cells seperti yang ditanda kotak merah digambar diatas. Seterusnya akan keluar paparan menu seperti berikut:


4. Pastikan anda berada pada menu Number (1). Pilih / klik Percentage (2). Tentukan titik perpuluhan pada  Decimal Places (3). Biasanya untuk peratus kita akan gunakan 2 titik perpuluhan. Kemudian, klik button OK (4).

Langkah 2: Memasukkan Formula


1. Pastikan anda aktifkan cell D2 (label 1) kerana cell ini tempat kita akan paparkan nilai peratus.
2. Kemudian taipkan formula pada kotak formula (label 2). Ingat...formula yang kita akan gunakan adalah :  =PART/TOTAL

Taipkan formula ini : =C2/B2
C2 merujuk kepada nilai 20 pada cell berlabel C2.
B2 merujuk kepada nilai 23 pada cell berlabel B2.

3. Inilah paparan yang akan kita dapat setelah formula ditaip pada kotak formula.


4. Harus diingat, selepas menaip formula dalam kotak formula (label A), tekan kekunci ENTER pada papan kekunci (Keyboard). Seringkali berlaku kesilapan dimana selepas formula ditaip, kita akan terklik mouse kita pada mana mana cell dalam lembaran kita. Elakkan kesilapan tersebut. Ingat...selepas selesai formula ditaip, tekan kekunci ENTER.


5. Selesai. Inilah hasilnya. Nilai yang dihasilkan adalah dalam bentuk peratus dengan dua titik perpuluhan beserta simbol peratus.

6. Untuk mendapatkan peratus bagi cell seterusnya, anda tidak perlu mengulangi langkah langkah tadi kerana kita ada cara yang lebih mudah dan pantas. Kita kan lihat cara tersebut di langkah 3 kemudian. Namun, bagi anda yang masih baru (beginner), saya sarankan untuk ulangi langkah dari awal untuk menjadi diri anda lebih mahir.

Langkah 3: Cara pantas untuk dapatkan nilai seterusnya

Berbalik pada contoh diatas, untuk mendapatkan nilai peratus bagi kelas berikutnya, kita ada cara mudah untuk mendapatkannya tanpa mengulangi langkah dari awal. Saya tunjukkan cara tersebut melalui video screenshot di bawah:





Ok...sampai sini saja tutorial kita kali ini. Sebarang pertanyaan, ajukan pada ruangan komen dibawah. Jika anda rasa tutorial ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan anda diluar sana.

Semoga bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Tiada ulasan: