Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

04 Disember, 2019

Fungsi MAX, MIN dan Average dalam Ms Excel

Bertemu kembali...

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai tiga fungsi asas dalam Ms Excel iaitu MAX, MIN dan AVERAGE yang penting dan berguna dalam menganalisis data. Fungsi - fungsi ini pastinya akan memudahkan tugas kita untuk membuat analisis atau mengolah data terutama sekali melibatkan data yang besar. Kita akan melihat satu persatu apakah kegunaan ketiga-tiga fungsi ini.


Fungsi MAX
Fungsi MAX ini kita gunakan untuk mencari nilai tertinggi dalam satu range. Contohnya, bagi situasi di sekolah, kita ingin mencari markah tertinggi bagi matapelajaran tertentu bagi satu kelas. Kita lihat gambar dibawah bagaimana fungsi ini digunakan.


Formula yang kita gunakan untuk fungsi MAX adalah seperti berikut:

=MAX(cell awal:cell akhir)

Dalam contoh yang ditunjukkan pada gambar diatas, kita akan mencari markah tertinggi daripada senarai markah 12 murid. Berikut langkahnya:
1. Klik cell C14. Kita akan meletakkan nilai tertinggi dalam cell ini.
2. Taipkan formula MAX pada kotak formula/rumus seperti yang ditanda kotak hijau. Dalam contoh diatas, formulanya adalah =MAX(C2:C13) yang mana C2 adalah cell awal dan C13 adalah cell akhir. Maksudnya, kita akan mencari nilai tertinggi dari cell C2 hingga cell C13.
3. Selesai menaip formula, tekan enter. Nilai dari fungsi MAX akan terpapar di cell C14. Dalam contoh di atas, markah tertinggi dalah 98.


Fungsi MIN
Fungsi MIN ini pula adalah digunakan untuk mencari nilai terendah dalam satu range. Formula yang akan digunakan untuk fungsi ini adalah:

=MIN(cell awal:cell akhir)


Langkah-langkah untuk fungsi ini adalah serupa seperti yang kita lakukan untuk fungsi MAX sebelum ini. Cuma bezanya adalah formula yang kita gunakan iaitu =MIN(C2:C13). Dalam contoh di atas, markah terendah yang dihasilkan dari formula ini adalah 34.

Fungsi AVERAGE
Fungsi AVERAGE digunakan untuk mencari purata nilai dari satu range. Formula yang akan kita gunakan untuk fungsi ini adalah:

=AVERAGE(cell awal:cell akhir)


Langkah yang sama kita gunakan seperti fungsi MAX dan MIN sebelum ini. Formula yang akan kita gunakan adalah =AVERAGE(C2:C13), dan akan menghasilkan nilai purata 70.17.

Tiada ulasan: