Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

07 Mei, 2020

Rumus excel untuk jumlah terkumpul

Rumus Excel untuk mengira jumlah terkumpul atau jumlah kumulatif dengan menggunakan fungsi SUM.

Hello semua...selamat bertemu lagi. Kali ini kita akan sama-sama pula melihat bagaimana caranya untuk membuat penjumlahan terkumpul (kumulatif) atau running total. Rumus seperti ini boleh kita aplikasikan sekiranya kita ingin membuat penyata kira-kira, tabungan, mata terkumpul dan sebagainya . 

Misalnya kita mahu membuat pengiraan di lembaran kerja excel mengenai jumlah tabungan terkumpul setiap bulan. Lihat contoh dibawah:


Jumlah terkumpul atau jumlah kumulatif adalah seperti yang ditunjukkan dalam kolum yang ditanda kotak merah. Jumlah kumulatif akan berubah setiap kali data baru di masukkan ke dalam senarai.

Mari kita lihat langkah-langkahnya:

1. klik sel C2 dan masukkan rumus fungsi SUM seperti yang ditunjukkan dibawah (kotak merah).

Penjelasan: Sel pertama (B$2) dalam rujukan julat adalah rujukan campuran (mixed reference). Kita menetapkan rujukan kepada baris 2 dengan menambahkan simbol $ di hadapan nombor baris. Sel kedua (B2) dalam rujukan julat adalah rujukan relatif (relative reference) biasa.

2. Pilih sel C2, klik di sudut kanan bawah sel C2 dan seret ke bawah ke sel C13.


Penjelasan: Apabila kita menyeret formula ke bawah, rujukan campuran (B$2) tetap sama, sementara rujukan relatif (B2) berubah menjadi B3, B4, B5, dll.

3. Sekiranya anda tidak mahu jumlah terkumpul menunjukkan jumlah sekiranya tiada data(tabungan) dimasukkan dalam bulan tersebut, masukkan fungsi IF dalam rumus tadi. Lihat gambar dibawah.


Penjelasan: Jika sel B2 tidak kosong (<> bermaksud tidak sama dengan), fungsi IF dalam sel C2 memaparkan jumlah kumulatif, jika tidak, ia menunjukkan string kosong.

4. Cuba isikan tabungan pada bulan Jun dan seterusnya.

Selamat mencuba!!!

Tiada ulasan: