Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

06 Mei, 2020

Rumus Excel untuk menentukan Lulus atau Gagal

Rumus Excel dengan menggunakan fungsi IF untuk menentukan Lulus atau Tidak Lulus dalam ujian atau peperiksaan.

Kali ini kita akan berkongsi pula satu lagi rumus excel yang seringkali digunapakai oleh para pendidik untuk menentukan sama ada markah ujian atau peperiksaan pelajarnya itu lulus atau tidak. Untuk rumus ini, kita akan menggunakan fungsi IF. 

Sebelum itu, mari kita lihat syntax bagi Fungsi IF:
IF(logical_test,value_if_true,value_if_false)
Keterangannya:
IF(Ujian Logikal, nilai jika benar, nilai jika salah) 
Contohnya:
IF(B2>39,"Lulus","Gagal")
Maksudnya, jika nilai ujian/markah (B2) lebih daripada 39 iaitu menepati ujian logikal, maka rumus tersebut menghasilkan keputusan "Lulus". Sebaliknya, jika nilai markah (B2) tidak melebihi 39 iaitu tidak menepati ujian logikal, maka rumus tersebut menghasilkan keputusan "Gagal".
Sangat mudah. Mari lihat contoh dari lembaran kerja Excel di bawah.


Rumus yang digunakan untuk contoh di atas adalah:
=IF(B2>49,"LULUS","GAGAL")
Maksudnya, pelajar yang mendapat markah lebih daripada 49 iaitu dari 50 hingga ke 100 adalah "LULUS" dan "GAGAL" jika sebaliknya. 

Selamat mencuba!!!

2 ulasan:

Juwita Jamal berkata...

tuan, macam mana nak buat table di excel ya?

Kawoix berkata...

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Entry terbaru dalam blog saya berkait dengan soalan saudari.

http://maribelajarexcel.blogspot.com/2023/03/bagaimana-cara-membuat-table-dalam-ms.html