Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

05 Mac, 2020

Cara asas melakukan pengiraan dalam Microsoft Excel

Cara asas bagaimana membuat pengiraan dalam Microsoft Ecel.



Antara sebab mengapa Microsoft Excel ini banyak digunakan oleh kita kerana adanya dua ciri ini iaitu formulas dan function atau formula/rumus dan fungsi dalam bahasa kita.

Formula dan fungsi excel ini digunakan untuk membantu kita dalam melakukan pengiraan dan pengolahan data di excel.

Mari kita baca secara ringkas mengenai apakah dia formula dan fungsi dalam excel:

1. Formula
Dalam Excel, formula adalah ungkapan atau operasi matematik untuk membuat pengiraan untuk tujuan mendapatkan hasil yang kita mahukan. Sebagai contoh, kita mahu menjumlahkan nilai sel A1 dan sel A2, maka formulanya adalah:

 =A1+A2

Formula ini mestilah diawali dengan tanda (=) dan ditaip di dalam kotak formula:




2. Fungsi (Function)
Fungsi adalah formula yang telah ditetapkan atau yang telah "disetkan' dalam Excel. Ianya mempermudahkan formula untuk menjadikan pengiraan menjadi lebih pantas dan mudah . Sebagai contoh, kita ingin menjumlah angka sel A1 hingga A6, maka formulanya adalah;

 =SUM(A1:A6)

"SUM" adalah fungsi yang kita gunakan untuk menjumlah nilai angka dari sel A1 hingga ke sel A6.



Dengan menggunakan fungsi "SUM" ini, pengiraan akan menjadi lebih mudah dan ringkas berbanding jika kita menggunakan formula atau rumus matematik yang lebih panjang. 

 =SUM(A1:A6)     vs     =A1+A2+A3+A4+A5+A6


Semoga dengan penjelasan ringkas di atas,sedikit sebanyak kita dapat membezakan dua ciri atau istilah dalam excel ini.

Tiada ulasan: