Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

19 April, 2020

Bagaimana menentukan Jantina dari No Kad Pengenalan dalam Excel

Cara menentukan jantina dari No KP | No IC dalam MS Excel

Dalam excel, apabila kita hendak mengisi data ke dalam lembaran kerja yang mana data tersebut melibatkan data yang besar, sudah tentu kita cuba untuk meminimakan proses pengisian tersebut. Fungsi-fungsi yang ada dalam MS Excel disediakan untuk tujuan seperti ini.


Seperti contoh yang akan kita pelajari dalam entri kali ini iaitu apa dan bagaimana fungsi Excel untuk menentukan jantina samada lelaki atau perempuan melalui nombor kad pengenalan. Dengan menggunakan rumus excel, kita tidak perlu menaip satu persatu jantina setiap data tetapi akan ditentukan secara automatik. Tiga fungsi yang akan kita gunakan adalah fungsi IF, RIGHT dan ISEVEN. Secara ringkasnya, ketiga-tiga fungsi dijelaskan seperti berikut:

RIGHT - mendapatkan nombor dihujung no kad pengenalan.
ISEVEN - mengembalikan true sekiranya nombor tersebut genap, false sekiranya ganjil.
IF - menguji sekiranya nombor tersebut genap (true) maka jantina adalah perempuan dan sebaliknya.


Sepertimana yang kita tahu, nombor di penghujung no ic kita adalah petunjuk kepada jantina seseorang. Nombor genap adalah jantina perempuan manakala nombor ganjil adalah jantina lelaki.
Nombor ganjil - Perempuan
Nombor genap - Lelaki
Mari kita lihat contoh dan langkah-langkahnya:

1. Buatkan table seperti gambar dibawah:


2. Aktifkan cell C2 (dibawah kolum JANTINA). Masukkan rumus seperti berikut:

=IF(ISEVEN(RIGHT(B2,1)),"P","L")

Penerangan daripada rumus diatas:

i. RIGHT(B2,1) - rumus untuk mengambil 1 nombor di hujung paling kanan pada cell B2 (no kp).
ii. ISEVEN - fungsi mengembalikan true sekiranya nombor hasil dari rumus RIGHT adalah genap.
iii. IF - sekiranya true, maka hasil "P" mewakili jantina perempuan diberikan dan sebaliknya "L" untuk jantina lelaki sekiranya ISEVEN mengembalikan false.

Dalam kes cell B2 iaitu no kad pengenalannya 901123-11-1234:

i. RIGHT - 4 (no hujung no ic)
ii. ISEVEN - true (genap)
iii. IF - P (Perempuan)

Selesai...sangat mudah!

Semoga bermanfaat buat anda semua. Share kepada rakan-rakan sebagai tanda sokongan anda kepada blog ini. Terima kasih...

11 April, 2020

Bagaimana menentukan nombor ganjil atau genap dalam Excel

Cara menentukan nombor ganjil dan genap dengan Ms Excel

Dalam entri kali ini, kita akan sama-sama belajar bagaimana untuk menentukan atau mengenalpasti samaada nombor-nombor yang kita masukkan dalam excel itu adalah nombor ganjil atau genap.


Dalam excel, kita dapat menentukan samada nombor tersebut ganjil atau genap dengan menggunakan fungsi Excel ISODD atau ISEVEN dengan menggabungkan fungsi IF.


Lihat gambar diatas; nombor yang dimasukkan adalah seperti yang ditanda kotak merah manakala hasil daripada rumus fungsi ISODD atau ISEVEN iaitu sama ada ganjil atau genap ditanda pada kotak hijau.

CARA 1:
Rumus yang akan kita gunakan adalah gabungan fungsi ISODD dan IF.


1. Rujuk gambar di atas. Klik cell B1 dan masukkan rumus berikut ke kotak fungsi:
=IF(ISODD(A1),"Ganjil","Genap")
2. Ingat ya...selepas menaip rumus dalam kotak fungsi, tekan enter pada papan kekunci anda.
3. Penjelasan bagi rumus diatas;
"Sekiranya (IF) nombor dalam cell A1 adalah ganjil (ISODD(A1)), jika benar = Ganjil, jika tidak benar = Genap"
4. Oleh kerana nombor yang dimasukkan dalam cell A1 adalah 1, maka rumus tersebut akan memberikan keputusan benar iaitu "Ganjil" pada cell B1.



CARA 2:
Rumus yang akan kita gunakan adalah gabungan fungsi ISEVEN dan IF. Sebenarnya rumus ini serupa dengan rumus pada cara 1 iaitu dengan fungsi ISODD. Bezanya adalah, ISODD akan memberikan nilai ganjil dan ISEVEN pula memberikan nilai genap.


1. Langkahnya adalah sama seperti cara 1 tadi. Rumus yang akan digunakan adalah:
=IF(ISEVEN(A1),"Genap","Ganjil")
2. Penjelasan bagi rumus ini:
"Sekiranya (IF) nombor dalam cell A1 adalah genap (ISEVEN (A1)), jika benar = Genap, jika tidak benar = Ganjil"
3.  Oleh kerana nombor yang dimasukkan dalam cell A1 adalah 1, maka rumus tersebut akan memberikan keputusan tidak benar iaitu "Ganjil" pada cell B1.

Sangat mudah...bukan?

Apakah yang boleh kita terapkan rumus ini dalam memudahkan kerja-kerja kita dalam Excel? Salah satunya adalah kita boleh gunakan rumus ini untuk menentukan jantina seseorang berdasarkan nombor kad pengenalannya. Seperti yang kita tahu angka ganjil pada hujung nombor kad pengenalan menunjukkan bahawa jantina pemilik no kad pengenalan tersebut adalah perempuan dan sebaliknya genap adalah untuk lelaki.

So...dalam entri blog mari belajar excel yang akan datang, kita akan berkongsi pula tutorial bagaimana menentukan jantina seseorang berdasarkan pada nombor kad pengenalannya.

Sekiranya anda rasakan entri ini bermanfaat buat rakan-rakan anda, silalah share ya...
Selamat mencuba...