Bagaimana cara membundarkan / membulatkan nombor dalam Excel
Dalam tutorial kali ini, kita akan belajar bagaimana untuk membundarkan atau membulatkan nombor dalam excel dengan menggunakan fungsi ROUND. Dalam Excel, ada tiga fungsi yang boleh kita gunakan untuk membundar nombor iaitu ROUND, ROUNDUP dan ROUNDDOWN. Namun untuk tutorial kali ini, kita hanya akan fokus kepada fungsi ROUND sahaja.
ROUND
Fungsi ROUND dalam Excel akan membundarkan nombor kepada jumlah digit tertentu. Fungsi ini akan membundarkan nombor ke atas atau ke bawah. Nombor 1, 2, 3, 4 akan dibundarkan ke bawah manakala 5, 6, 7, 8, 9 akan dibundarkan ke atas. Sebagai contoh, kita ingin membundarkan nombor 10.8364 kepada hanya 1 digit perpuluhan, maka hasilnya adalah 10.8.
Sintaks bagi fungsi ROUND adalah:
Sintaks bagi fungsi ROUND adalah:
=ROUND(nombor,jumlah_digit)
nombor - nombor yang akan dibundar / dibulatkanContoh rumus ROUND:
jum_digit - jumlah digit yang mahu dibundar dalam angka perpuluhan / desimal
1. Membundar nombor kepada tiga tempat perpuluhan (desimal).
2. Membundar nombor kepada dua tempat perpuluhan.
3. Membundar nombor kepada satu tempat perpuluhan.
4. Membundar nombor kepada nombor bulat / integer.
5. Membundar nombor kepada puluh terdekat.
6. Membundar nombor kepada ratus terdekat.
Semoga tutorial ini bermanfaat bagi anda semua. Selamat mencuba!!!
1 ulasan:
Terimakasih Tuan atas ilmu yg bermanfaat.minta halalkan ilmu yg diberi. Saya dengan last-minute macamni dengan takde basic, haihh nasib baik Ada blogspot tuan.
Catat Ulasan