Tentang Laman Ini

Blog untuk anda mengetahui dan belajar asas dalam Microsoft Excel. Di sini ada panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari asas dalam Excel sehinggalah anda mampu melakukannya sendiri. Berseronoklah dengan tips dan panduan yang sememangnya percuma untuk anda.

20 Februari, 2012

Pengenalan kepada MS Excel

Apakah MS Excell | Pengenalan kepada MS Excel 2007 | Pengenalan kepada MS Excel 2010

Microsoft Excel (MS-Excel) merupakan program aplikasi spreadsheet (lembar kerja elektronik) canggih yang paling popular dan paling banyak digunakan pada masa kini. MS Excel banyak membantu kita dalam menghitung, menganalisa dan mampu mempersembahkan data dalam bentuk table. 

Data tersebut juga boleh dipersembahkan dengan menggunakan Bar, Grafik, Pie, Line dan banyak lagi. MS Excel 2007 dan MS Excel yang kita gunakan kini adalah merupakan pengembangan dari excel versi sebelumnya yang telah ditingkatkan fungsinya. Ini menjadikan spreadsheet ini lebih mudah, lebih fleksibel, lebih mudah diintegrasikan dengan program office.


Beberapa kemudahan dan kelebihan Excel adalah seperti berikut :
- menyimpan file dalam format XML.
- menggunakan Macro, solver, Add-Ins.
- mengimport data dari database perusahaan.
- menggabung dan mencari sel.
- kemudahan help.
- kemudahan autoSave.
- arahan Find dan Replace.
- menyembunyikan baris dan kolum.
- menampilkan Print Preview dan mencetak.
- mengurutkan(sorting) dan menyaring data.
- menjalankan arahan Undo dan Redo.
- mempunyai fungsi untuk menghapus dan memasukkan baris dan kolum.
- membuat grafik dalam pelbagai bentuk dan kemampuan untuk memformat grafik.
- fungsi pengeditan data di sel,seperti cut, copy, paste, spesial paste, dan delete.
- pelbagai fungsi pemformatan sel
- memiliki fungsi yang lengkap untuk bidang matematik, statistik, logik, kewangan, referens, waktu, dan teks.

Tiada ulasan: