Kali ini kita akan belajar bagaimana untuk mencantumkan / menggabungkan kotak sel (cells) menjadi satu kotak sel (cell) tunggal. Lihat gambar di bawah bagaimana fungsi Merge ini digunakan dalam lembaran kerja excel.
Dari contoh di atas, sel B1, C1, D1 dan E1 telah dicantumkan menjadi satu sel iaitu B1 seperti yang ditanda bulatan merah diatas.
Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai fungsi Merge, mari kita lihat beberapa sub menu dari fungsi Merge:
✅ Merge & Center : digunakan untuk menggabungkan beberapa sel (cell) dan menetapkan format kedudukan teks di bahagian tengah (center)
Merge & Center |
✅Merge Across : digunakan untuk menggabungkan beberapa sel (cell) mengikut baris
Merge Across |
✅Merge Cells : menggabungkan sel (cell) tanpa mengubah format kedudukan teks
✅Unmerge Cells : mengembalikan / memisahkan sel (cell) yang telah digabungkan / dicantumkan
Anda boleh memilih mana-mana sub menu yang diterangkan mengikut kehendak anda.
Sekarang, kita lihat pula langkah-langkah bagaimana untuk mencantumkan / menggabungkan beberapa sel menjadi satu sel sahaja.
Sekarang, kita lihat pula langkah-langkah bagaimana untuk mencantumkan / menggabungkan beberapa sel menjadi satu sel sahaja.
Langkah-langkahnya:
1. Sorot (highlight) sel-sel yang ingin anda cantumkan.
1. Sorot (highlight) sel-sel yang ingin anda cantumkan.
2. Pilih tab Home dan klik menu Merge & Center.
3. Pilih fungsi pada submenu Merge & Center mengikut kehendak anda. Selesai.
Sungguh mudah. Selamat mencuba...
👍👍👍 Share kepada rakan-rakan sekiranya bermanfaat.